AMLG a Guerilla not Hero
Beberapa blogger dilaporkan akan mendapat surat saman atau menghadapi tindakan undang-undang yang sedang dirangka oleh konco-konco Khairy Jamaluddin.
Blogger Kickdefella bukan sahaja mendedahkan diri beliau yang tersembunyi, malah mula mengumpulkan para bloggers bersatu. In Honour of the Heroes demikian bunyi slogan kumpulan bloggers bersatu. Tahniah kepada Sheih dan rakan-rakan bloggers. Atas nama sokongan, blog ini akan turut meletak ikon ini.
Blog Cuitsikit menyokong usaha ini sungguhpun tidak dapat menyertai mereka. Blog ini ingin kekal sebagai anonymous bagi memastikan maklumat mengalir macam selalu. Mendedahkan diri AMLG bermakna mengehadkan akses ke dalam rangkaian maklumat Ahmad Zaki Zahid. Ini akan merencatkan usaha mendedahkan kerja kotor KJ dan Abdullah Badawi.
Lagi pun AMLG bukan hero. AMLG bukan blogger "jantan" macam Rockybru, Syeikh a.k.a Kickdefella, Jeff Ooi, Raja Petra mahu pun Kadir Jasin. Mereka memang anak jantan yang patah sayap bertongkat paruh; alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
AMLG hanya seorang gerila. Gerila tidak akan mendedahkan diri sebelum menang. Tapi peperangan akan tetap berterusan sehingga kemenangan dicapai.

9 comments:
Sdr AMLG,
Perang ini bukan milik wira siber kita spt Rocky, Jeff dan Sheih tapi juga guerilla seperti CuitSikit, Aisehman, Wielmaja dan ramai lagi blogger tak bernama.
Bezanya, pemblog2 bernama itu di barisan depan. Mereka yang mewakili kita yang subversif kerana mereka berani menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Kalau ada yang akan dipanah, ditembak, dirempuh dan dibunuh, wira siber itulah orang-orang yang dulunya akan jatuh.
Kita pemblog2 tak bernama, yang bertopeng, yang halimunan adalah perisai untuk orang-orang seperti Petra, Kadir dan Syed Imran. Kita di mana-mana. Dan selagi kita tidak biarkan pemblog2 bernama itu berlawan sendirian, peluang mereka memenangi perang ini untuk komuniti blogger keseluruhannya, termasuk kita pemblog subervif dan gerilla, tetap cerah, insyallah.
Saudara AMLG,
Dalam peperangan setiap unit ada tugasnya masing-masing. Ada yang 'bertugas' secara terang-terangan, dan ada jugak yang sembunyi-sembunyi. Setiap orang ada fungsinya, yangpentingnya adalah 'semua disatukan' supaya pergerakan lebih teratur dan lancar.
Seperti kata orang tua dulu.. yg pekak bakar meriam, yg buta tumbuk cili, yg bisu menampi beras, yg kudung menghalau burung.
At the rate things are going, we need all the voices we could have. It does not matter how you wanna do it but just do it.. good luck!
awas
keep on moving dude!!!
Saudara Rocky dan Jeff Ooi sudah menerima surat lawyer. Hari yang malang bagi Malaysia sebenarnya. Kita harap perkembangan ini tidak melemahkan semangat blogger-blogger Malaysia. Dalam masa yang sama kitatidak harus membiarkan Rocky dan Jeff bersendirian menghadapi kesusahan itu. Ada cara kita harus membantu mereka???
Salam............
roda itu akan terus berputar... cuma yang peliknya yang berada di atas juga telah bertukar tetapi yang pasti rakyat tetap tertindas dan berada di bawah....
rakyat itu akan terus berada dibawah sehingga mereka berani untuk merubah nasib mereka sendiri...
salam perkenalan..
Akhi AMLG
Pendapat saya asalkan perjuangan kita ada matlamat yang baik hendaklah diteruskan walaupun rintangan dan ujiannya berat sekali. Memanglah kebebasan bersuara di negara ini sering tersekat-sekat tetapi kita mesti teruskan hak kita ini. Teruskan menulis blog biarpun dibelakang tabir.
http://barokah.wordpress.com
Save Our Country! "Kick" this fella!
the word 'please' tak sesuai.
Post a Comment