Politik Wartawan Agendadaily (IV): Tunggul dan Bacul, Ahmad Saabun dan Badrul Hisham
Oleh Amin Yatim
Politik Hanafiah Man sungguh melucukan. Kata beliau, isu besar bagi saya ialah pengundi Cina mengundi mengikut agenda mereka.
Lagi sekali beliau tidak faham. Saya jelaskan lagi, isu besar bagi saya ialah, Hanafiah bin Man menipu dalam melaporkan ucapan Tun Dr. Mahathir.
Saya telah katakan akan menulis isu tunggul dan bacul itu sedikit masa lagi. Tapi Hanafiah tetap mengulang isu tersebut, sebagai usaha mengelak isu "kononnya Tun menyuruh orang Melayu undi calon bukan parti seperti orang cina."
Mengapa beliau perlu mengambil tulisan Ahmad Saabun, Kamal Amir dan sebagainya sedangkan mereka mengulas isu lain iaitu isu tunggul dan bacul.
Saya tidak pernah menulis menafikan bahawa Tun menyebut isu Tunggul dan Bacul seperti yang dikatakan oleh beliau. Memang jelas ada perkataan tunggul dan bacul keluar dari mulut Tun.
Jadi bukankah jahat sifat dan perilaku Hanafiah Man ini bila mendakwa dalam tulisannya "Sila rujuk pada tulisan Kamal Amir dan Ahmad Saabun" bahawa saya tidak menjawab isu tunggul dan bacul?
Apa yang saya tulis ialah niat jahat bekas ahli Parlimen dan wartawan bernama Badrul Hisham Abdul Aziz. Berikut saya perturunkan semula tulisan sebelum ini mengenai isu tunggul yang ditulis dalam rencana Politik Wartawan Agendadaily:
[Petikan]
Badrulhisham Abdul Aziz bekas ahli Parlimen Hulu Langat yang kini dikatakan menguasai sebahagian kepentingan dalam Agendadaily menulis,
Sedangkan Dr. Mahathir berkata
Atau kita ambil sahaja apa yang ditulis oleh geng beliau di agendadaily, "“Saya kecewa dengan kaum saya…kalau letak tunggul kayu pun mereka akan sokong kerana tunggul kayu itu tunggul UMNO,”
Jelas sekali dalam ucapan beliau, sama ada petikan transkrip di Mykmu.net atau tulisan Hanafiah Man, Dr. Mahathir tidak memanggil semua wakil rakyat UMNO sebagai tunggul. Sebaliknya beliau berkata (secara sinis) sebahagian orang Melayu akan tetap mengundi UMNO walaupun diletakkan tunggul.
Sebagai wartawan yang menulis isu-isu bahasa Melayu suatu masa dahulu, adakah Badrul Hisham tidak dapat memahami perbezaan antara apa yang diucapkan oleh Dr. Mahathir dengan apa yang beliau tulis?
Jika tidak faham benarkanlah saya yang sekolah atap ini menerangkan.
Ayat oleh Badrulhisham itu menunjukkan seolah-olah Dr. Mahathir mendakwa semua atau kebanyakan wakil rakyat UMNO adalah tunggul.
Sedangkan ayat dalam petikan ucapan Dr. Mahathir membawa erti bahawa sikap orang Melayu terutamanya ahli UMNO yang akan tetap memangkah siapa sahaja walau pun calon tersebut tidak mampu berkerja asalkan menggunakan lambang BN (calon UMNO).
Jauh sekali maksudnya sama ada yang tersurat dan tersirat. Mengapa Badrul Hisham memutar belitkan kenyataan sehingga memanggil Dr. Mahathir sebagai Bapa Tunggul? Adakah Badrul Hisham tidak faham? Tentu beliau faham. Tapi inilah dikatakan kewartawanan jahat atau jenis manusia busuk hati.
[petikan berakhir]
Bukankah berdasarkan kenyataan Tun tersebut andaian yang boleh dibuat ialah:
1. Terdapat wakil rakyat UMNO yang tidak lebih seperti tunggul
2. Bukankah ayat Tun tersebut lebih merupakan sindiran adan hipotesis bahawa jika letak tunggul pun sebagawai wakil UMNO, orang UMNO akan undi UMNO?
Tanyalah sesiapa yang berfikiran terbuka dan ada akal tentu mereka akan mengakui bahawa kenyataan Tun tersebut bukan bermakna semua wakil rakyat adalah tunggul.
Jadi bukankah jahat sekali Badrul Hisham bila menulis dalam "rupa-rupanya aku ne tunggul" yang membawa maksud kepada pembacanya bahawa Tun menganggap semua wakil rakyat UMNO sebagai tunggul?
Apakah ini bukan agenda politik jahat Agendadaily untuk melagakan Tun dengan semua wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang tidak mendengar ayat sebenar dari Tun?
Tentulah semua wakil rakyat yang membaca atau mendengar cerita dari wartawan-wartawan Agendadaily yang hati busuk ini akan marah kepada Tun kerana menganggap semua mereka tunggul. Dengan ini boleh lah Agendadaily, Mat Taib, Norza dan Khairy berharap semua mereka akan menyokong kepimpinan haru-biru Abdullah Ahmad.
Putar Belit Hanafiah
Dalam tulisan terbaru beliau, Hanafiah sekali lagi menulis, "Kemudian saya dituduh menipu dalam laporan saya namun berdasarkan tulisan Kamal Amir, jelas isu bacul dan tunggul memang ada dan merupakan ungkapan yang bagi seorang wartawan adalah quote of the day yang boleh menjadi bahan berita."
Jadi Hanafiah, di bahagian mana saya menulis mengatakan Tun tidak menyebut isu tunggul atau bacul?
Jangan pusing-pusing. Isu mengenai kehadiran telah pun saya sentuh dan saya akui bahawa saya mungkin salah dan isu tersebut bagi saya tidak penting kerana itu masalah penganjur.
MASALAH SAYA HANYA SATU IAITU APABILA AGENDADAILY CUBA MENIPU DAN MEMUTARBELITKAN ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD!
Tidak cukup datang pula seorang kolumnis "separuh masak" menulis di Agendadily, Ahmad Saabun yang menulis dalam kolumnya bertajuk "ISU TUNGGUL…SIAPA SALAH?":
Perlukah soalan yang sama saya utarakan kepada Ahmad Saabun ini?
BACALAH! BACALAH! BACALAH!
Itu pesanan agung dalam Islam. Tapi sekali lagi pemalas dan bacul-bacul di Agendadaily tidak membaca atau membaca sekerat jalan.
Ahmad Saabun ini mengulas tulisan orang tanpa membaca teks sebenar pun. Ini memang typical penulis UMNO. Malas membaca, malas mengkaji, menulis sesuka hati hingga memalukan diri sendiri.
Tulis Ahmad Saabun lagi,
Persoalan yang ditimbulkan oleh Ahmad Saabun ini jelas tidak waras dan logik. Saya tidak pernah gusar dengan perkataan yang digunakan oleh Dr. Mahathir.
Soalnya Ahmad Saabun, rujukan mana yang saudara lakukan sehingga membuat kesimpulan seperti di atas terhadap tulisan saya?
Ahmad Saabun dan Badrul Hisham tidak lebih daripada alat pemimpin tertentu dalam UMNO (bukan parti UMNO pun) yang akan terus memburukkan Tun dengan putar belit mereka.

Bagi Tun Dr. Mahathir….. yang kini tidak lagi segan silu memanggil wakil-wakil rakyat, yang sebahagian besarnya adalah pilihan beliau sendiri, sebagai tunggul… mungkinkah suatu hari nanti beliau akan diingati sebagai “Bapa Tunggul”? - 22/8/2007
Sedangkan Dr. Mahathir berkata
"Orang Melayu setia. Dia undi Umno tanpa soal. Kalau bubuh tongkol kayu di situ dia undi Umno juga. Kerana itu tongkol kayu Umno kita mesti undi. Kita tak soal lagi..." - petikan Transkrip di mykmu.net
Atau kita ambil sahaja apa yang ditulis oleh geng beliau di agendadaily, "“Saya kecewa dengan kaum saya…kalau letak tunggul kayu pun mereka akan sokong kerana tunggul kayu itu tunggul UMNO,”
Jelas sekali dalam ucapan beliau, sama ada petikan transkrip di Mykmu.net atau tulisan Hanafiah Man, Dr. Mahathir tidak memanggil semua wakil rakyat UMNO sebagai tunggul. Sebaliknya beliau berkata (secara sinis) sebahagian orang Melayu akan tetap mengundi UMNO walaupun diletakkan tunggul.
Sebagai wartawan yang menulis isu-isu bahasa Melayu suatu masa dahulu, adakah Badrul Hisham tidak dapat memahami perbezaan antara apa yang diucapkan oleh Dr. Mahathir dengan apa yang beliau tulis?
Jika tidak faham benarkanlah saya yang sekolah atap ini menerangkan.
Ayat oleh Badrulhisham itu menunjukkan seolah-olah Dr. Mahathir mendakwa semua atau kebanyakan wakil rakyat UMNO adalah tunggul.
Sedangkan ayat dalam petikan ucapan Dr. Mahathir membawa erti bahawa sikap orang Melayu terutamanya ahli UMNO yang akan tetap memangkah siapa sahaja walau pun calon tersebut tidak mampu berkerja asalkan menggunakan lambang BN (calon UMNO).
Jauh sekali maksudnya sama ada yang tersurat dan tersirat. Mengapa Badrul Hisham memutar belitkan kenyataan sehingga memanggil Dr. Mahathir sebagai Bapa Tunggul? Adakah Badrul Hisham tidak faham? Tentu beliau faham. Tapi inilah dikatakan kewartawanan jahat atau jenis manusia busuk hati.
[petikan berakhir]
Bukankah berdasarkan kenyataan Tun tersebut andaian yang boleh dibuat ialah:
1. Terdapat wakil rakyat UMNO yang tidak lebih seperti tunggul
2. Bukankah ayat Tun tersebut lebih merupakan sindiran adan hipotesis bahawa jika letak tunggul pun sebagawai wakil UMNO, orang UMNO akan undi UMNO?
Tanyalah sesiapa yang berfikiran terbuka dan ada akal tentu mereka akan mengakui bahawa kenyataan Tun tersebut bukan bermakna semua wakil rakyat adalah tunggul.
Jadi bukankah jahat sekali Badrul Hisham bila menulis dalam "rupa-rupanya aku ne tunggul" yang membawa maksud kepada pembacanya bahawa Tun menganggap semua wakil rakyat UMNO sebagai tunggul?
Apakah ini bukan agenda politik jahat Agendadaily untuk melagakan Tun dengan semua wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang tidak mendengar ayat sebenar dari Tun?
Tentulah semua wakil rakyat yang membaca atau mendengar cerita dari wartawan-wartawan Agendadaily yang hati busuk ini akan marah kepada Tun kerana menganggap semua mereka tunggul. Dengan ini boleh lah Agendadaily, Mat Taib, Norza dan Khairy berharap semua mereka akan menyokong kepimpinan haru-biru Abdullah Ahmad.
Putar Belit Hanafiah
Dalam tulisan terbaru beliau, Hanafiah sekali lagi menulis, "Kemudian saya dituduh menipu dalam laporan saya namun berdasarkan tulisan Kamal Amir, jelas isu bacul dan tunggul memang ada dan merupakan ungkapan yang bagi seorang wartawan adalah quote of the day yang boleh menjadi bahan berita."
Jadi Hanafiah, di bahagian mana saya menulis mengatakan Tun tidak menyebut isu tunggul atau bacul?
Jangan pusing-pusing. Isu mengenai kehadiran telah pun saya sentuh dan saya akui bahawa saya mungkin salah dan isu tersebut bagi saya tidak penting kerana itu masalah penganjur.
MASALAH SAYA HANYA SATU IAITU APABILA AGENDADAILY CUBA MENIPU DAN MEMUTARBELITKAN ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD!
Tidak cukup datang pula seorang kolumnis "separuh masak" menulis di Agendadily, Ahmad Saabun yang menulis dalam kolumnya bertajuk "ISU TUNGGUL…SIAPA SALAH?":
"Hanafiah kata, Tun kata tunggul, Amin Yatim nafi, Kamal Amir kata betul… "
Perlukah soalan yang sama saya utarakan kepada Ahmad Saabun ini?
BACALAH! BACALAH! BACALAH!
Itu pesanan agung dalam Islam. Tapi sekali lagi pemalas dan bacul-bacul di Agendadaily tidak membaca atau membaca sekerat jalan.
Ahmad Saabun ini mengulas tulisan orang tanpa membaca teks sebenar pun. Ini memang typical penulis UMNO. Malas membaca, malas mengkaji, menulis sesuka hati hingga memalukan diri sendiri.
Tulis Ahmad Saabun lagi,
Persoalannya kenapa Amin Yatim begitu gusar dengan perkataan tunggul dan bacul yang digunakan oleh Tun dan lantas dijadikan berita oleh agendadaily. Bukan tak pernah Tun mengeluarkan perkataan yang jauh lebih kasar dari itu, kenapa yang kali ini membimbangkan malaysiatoday. Biarkan lah…
Persoalan yang ditimbulkan oleh Ahmad Saabun ini jelas tidak waras dan logik. Saya tidak pernah gusar dengan perkataan yang digunakan oleh Dr. Mahathir.
Soalnya Ahmad Saabun, rujukan mana yang saudara lakukan sehingga membuat kesimpulan seperti di atas terhadap tulisan saya?
Ahmad Saabun dan Badrul Hisham tidak lebih daripada alat pemimpin tertentu dalam UMNO (bukan parti UMNO pun) yang akan terus memburukkan Tun dengan putar belit mereka.
4 comments:
Sdra Amin,
Toksah la nak buang masa dengan Hanafiah Man yang sudah bangkrap idea dan sekarang dok cari makan jadi "envelope journalist" dengan website yang umum sudah ketahui bahawa melacurkan diri mereka kepada Norza dan sekutunya.
Takan tidak kenal Hanafiah ni? Dia ni banyak sangat sejarah hitam dan memang pandai berpurak-purak.
Dia dengan Rosli pun dua kali kali 5 dan lima kali dua, sama juga dengan Badrul Hisham Gemok yang sudah masuk dalam kategori "rejected politician". Untuk pengetahuan Sdra si Hanafiah ni terlebih dahulu masih dalam kategori "rejected politician" yang lebih mirip kepada sifat "NOT a has been because he WAS a never was" pun. Maknanya di sana pun tidak, di sini pun tidak.
Napiah ni pernah jadi balachi (bukan setiausaha akhbar) Zahid Hamidi masa Ketua Pemuda itu cuba untuk berlanggar dengan Tun dek cucokan Anwar Ibrahim. Kemudian depa semua kena pecat daripada UMNO dan masuk Adil.
Masa dalam Adil dia bertanding sebagai Adun di DUN Tualang Sekah menentang Dato Radzi Manan dalam kawasan Parlimen Kampar pada PRU 1999. Dia kalah terok, deposit pun hilang dan hidup terumbang-ambing.
Kemudian dia jadi balachi Marina Yusof dan cuba nak cari kamsin nak hidup dengan cuba dapatkan pembeli bagi Marinara, sebuah menara baru tapi usang di persimbangan Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda bersebelahan dengan Menara Celcom. Apabila Marina dapat tau bahawa Napiah cuba buat angkara nak kaut kamsin lebih2 dia kena pecat.
Lama dia hilang dan kemudian dia muncul dengan Aziz Shamsuddin. Sebab dia kena pecat ialah apabila dia cuba merebut jawatan Setiausaha Politik dan plotnya diketahui oleh Aziz dan zez sampailah surat berhenti kerja.
Sekarang dia cuba membuat honar di website yang pemiliknya menggunakan temanwanitanya yang bernama Intan untuk mencari projek dan pelbagai lagi. Sapaa yang tahu cerita ini, taulah siapa-siapa di sana tu... semuanya reject sahaja. Macam Reject Shop.
Takan ente tak tau semua ini???
Sdra Amin,
Waktu Tun Dr Mahathir Mohamed berkuasa sebagai Perdana Menteri, banyak perkara yang saya tidak bersetuju, bagaimana pun bila Tun Dr Mahathir Mohamed hendak dilanggar oeh Anwar Ibrahim, saya kehadapan mempertahankanya. Sekarang agendadaily melayak Tun Dr Mahathir Mohamed dalam keadaan hanya sekadar "bekas" Perdana Menteri. Saya tidak hairan jika orang lain jadi Perdana Menteri, website yang sama... orang yang sama akan membalun "bekas" Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad. Mana ada klas balun orang yang sudah "bekas" tapi maafkan dia, dia tidak saperti kita semua, blog dan website bukan sumber rezeki nak tanggung anak bini, walau pun dia berhujjah soal saya tidak ada kerja tapi mampu hantar anak sekolah swasta. baguslah sampai ke pesak seluar dan celah telor saya dia tahu, senang saja nak tahu mana datang hasil saya, samping duit EPF yang saya kerja 35tahun, pergi tengok kat SSM.. tengok nama saya ada tak menjadi Pengarah Syarikat. nanti tahu mana datang duit saya tetapi yang jelas saya tak terima duit kerana blog yang saya buat. Johari sahaja yang kenal Manikam.
SALAM Ramadan Saudara Amin
Semperna kehadiran RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN,saya memohon ribuan ampun kemaafan kepada seluruh umat ISLAM.
Saya mengkritik kerana saya sayangkan Negara.Saya tidak boleh berkata TIDAK pada yang BENAR dan berkata YA pada yang BATIL
Nama pun Agendadaily memang lah penuh dengan Agenda sendiri Norza Zakaria.......
Say YES To UMNO New President
Say NO to UMNO(PAHA)(Parti Abdullah Haji Ahmad) Current President
Post a Comment