Wednesday, September 26, 2007

Pak Lah dan Fakta: Realiti atau Khayalan (17)

IDEA PAK LAH ATAU SHAHIDAN?

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan diwujudkan sekolah satu sesi yang tempohnya dipanjangkan sehingga pukul empat petang bagi mengatasi masalah anak-anak bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa.

Perdana Menteri berkata, langkah itu sekiranya dilaksanakan akan memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bekerja kerana mereka berpeluang menjemput sendiri anak-anak pulang dari sekolah.

“Idea ini baru terlintas dalam fikiran saya, Datuk Hisham (Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein). Ini satu kemungkinan, bukan arahan, supaya sekolah masuk pada waktu yang biasa pada sebelah pagi tetapi (sesi) tengah hari itu dipanjangkan sampai pukul 4 petang.


Idea Pak Lah ini timbul akibat peristiwa pembunuhan Nur Jazlin. Beliau berkata, cadangan itu diharap dapat membendung kejadian jenayah seperti yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, daripada berulang kepada kanak-kanak lain yang tidak berdosa.

Ini menimbulkan pertanyaan sama ada Pak lah berada di alam realiti atau khayalan.

1.Soalnya, Berapa ramai ibu bapa pulang jam 4 petang untuk mengambil anak di sekolah? Jadi ia tidak pun mampu mengelak kejadian jenayah seperti itu jika Pak Lah berharap dengan pulang jam 4 petang membolehkan ibu bapa mengawasi anak-anak.

2. Jika Pak Lah membaca lebih sedikit tentulah beliau mengetahui bahawa adik Nur Jazlin megalami nasib malangnya ketika pergi ke Pasar malam, yang lazimnya beroperasi pukul lima ke atas. Sekali lagi kita tidak faham bagaiman Pak Lah boleh menghubung kaitkan kedua-dua perkara ini.

3. Idea Pak Lah ini dah lama dicuba dan dikaji. tak percaya cuba tanya Datuk Seri Najib. Lihat kenyataan Najib tahun 1998

4. Malah idea balik pukul empat petang ini sudah diutarakan Oleh Shahidan Kasim pada Februari 2002 dan telah diperbahaskan dengan teliti oleh banyak ahli pendidikan ketika itu. Tidak eloklah sebagai Perdana Menteri, Pak Lah main lepas cakap sahaja.

Usaha mengadakan sekolah satu sesi mungkin ada banyak kebaikan dan juga keburukannya. Ia tidak salah terus dibincangkan mahu pun dilaksanakan. Namun janganlah memberi hujahan semurah ini bagi mengatasi masalah jenayah ke atas kanak-kanak. banyak lagi idea yang bernas dan bijak boleh dilontarkan atau telah banyak dilontarkan.

Alangkah baiknya jika Pak Lah meningkatkan tahap pembacaannya setiap hari supaya lebih jelas dan terang akal fikirannya.

11 comments:

abghalim said...
This post has been removed by the author.
Akulah said...

Apa yang nak heboh-heboh sangat ni. Saya akan bagi pelepasan,.. kakitangan kerajaan balik awai, pukul 3.30pm. Dengan itu depa boleh ambik anak dari sekolah. Dulupun saya bagi kerja 5 hari seminggu, naik gaji pun tinggi baru-baru ni. Semua ni kita buat kerana kita prihatin pada semua rakyat kita.

Anonymous said...

another fakta;
kenapa hanya pada pukul 4 petang?
bukankah waktu kerja mostly tamat pada 5 petang?
bukankah selalunya dari tempat keje ke sekolah akan mengambil masa lebih dari 1 jam (at least)?
dan bukankah waktu keje tamat pukul 4 petang hanya pada bulan puasa sahaja?

wake up Lah.. wake up...

plus, teachers are not babysitters !

Hamizi said...

inilah yang dikatakan:

kalau dah bodoh tu dok lah diam-diam supaya orang tak tau diri tu bodoh,

kalau nak cakap jugak nanti confirm semua orang kata bodoh...

p/s: selamat hari raya pak lah, maaf zahir batin pasal panggil hang bodoh... tapi aku tak boleh bohong pasai nanti berdosa pulak, hang memang bodoh lah...

abghalim said...

Salam Bro

aku ter delete comment tu.Harap maaf.

haji said...

Aku terfikir, pemerintahan DS Abdulah Hj Ahmad mungkin boleh dimasukkan ke dalam Guiness Book Of Record. Kalau dia tak bertanding dlm pilihanraya tahun depan, elok sangat. Sebaik2nya beliau balik ke Penang jadi Yang Di Pertua Negeri sudahlah. (Itu pun kalau Majlis Raja-Raja berkenan melantik)

Anonymous said...

Betul lah. Cuepacs kena buat tuntutan. Balik pukul 3.30pm. Nak ambil anak sekolah.

Anonymous said...

pak lah ni jenis bengap, tak hairan dah aku dgn si mamat ni...BODO LAH

Awang said...

Kau orang ni dungu betoi. Bagi cadangan pun nak komen bagai nak rak. Baguslah budak-budak ada aktiviti sampai petang di sekolah daripada melepak tak tentu hala. Hangpa anak dah besar, dah pi universiti OKlah. Ramai lagi yang ada anak sekolah rendahSetuju Pak Lah

Anonymous said...

anak orang pergi sekolah agama waktu petang,pak lah tido ke??takkan nak menuntut ilmu dunia je,akhirat macamana,lainlah anak-cucu dia pegi sekolah international,tu yg pakat islam hadharilah kononnya.kami takut mati ditanya allah tak ajar anak hal-ehwal agama,janganlah buat sekolah sampai petang sebab mereka dah pun sekolah sampai petang,cuma pak lah je yg lena tak tau apa2.

Anonymous said...

ape masalahnya.. biarlah pak lah menonjolkan imej bijak ala-ala pejuang hak rakyat terulung.bukan tak biasa dengan idea Pk lah yang sebenarnya aku pun tak perasan ape ideanya. biarlah dia terus memantapkan kedangkalannya yang semakin menyerlah.. skang ni tengok sampai dah mengigil masa bagi ucapan.. wah, kesian jugak kadang-kadang tengok..cakap teketar-ketar.. macam tak cukup tido.. mesti tak ckp tido memikirkan hal rakyat ( sambil-sambil anak, bini, menantu sekali dok pk skali pukul rata)
ini penting..


p/s : ini penting (dalam nada PAK LAH)