Sokong Ibrahim Ali, Selamatkan UMNO
Saya menulis ini untuk menyeru semua ahli UMNO dan Penyokong UMNO di Pasir Mas memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Datuk Ibrahim Ali jika kita benar-benar ikhlas mahu menyelamatkan UMNO dari menjadi parti satu keluarga sahaja.
Bukan. Bukan Ibrahim Ali yang mampu menyelamatkan UMNO. Ibrahim Ali bukan pemimpin ulung mahu pun mempunyai pengaruh besar dalam UMNO. Ibrahim Ali tidak boleh menyelamatkan UMNO seperti mana tidak mungkin Najib, Muhyiddin Yasin, Ali Rustam, Ku LI, Khir Toyo dan Rais Yatim.
Cuma jika kita semua memenangkan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya kali ini, ia akan memberi isyarat jelas kepada Pak Lah AGAR JANGAN LAGI MENGENEPIKAN PEMIMPIN PILIHAN AHLI UMNO.
Ibrahim Ali tiada salah kepada UMNO mahu pun Pak Lah. Beliau menang secara "jantan" dalam pemilihan UMNO Bahagian Pasir Mas. Mengapa Pak Lah mengenepikan beliau dari Jawatan Ketua UMNO Bahagian? Dalam persempadanan semua kawasan pilihan raya lalu, diikuti oleh persempadanan semula bahagian-bahagian UMNO, Bahagian Pasir Mas tidak terbabit.
Malangnya, Ibrahim Ali dilucutkan jawatan secara terhina tanpa sebarang perbincangan dan perundingan. Jika tidak memilih beliau menjadi calon wakil rakyat, memang Pak Lah berhak.
Namun melucutkan beliau dari jawatan Ketua UMNO Bahagian tanpa sebab adalah satu tindakan paling tidak demokratik dan menghina keputusan ahli-ahli UMNO akar umbi, khasnya bahagian Pasir Mas.
Apa dosa dan salah Ibraim Ali kepada UMNO? Ibrahim Ali tidak melakukan sebarang bentuk politik wang, tidak terbabit rasuah dalam pemilihan bahagian atau menikam UMNO dari dalam. Sebaliknya beliaulah antara "Pahlawan UMNO" ketika 1998 dan 1999.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Jika hari ini kita membenarkan Ibrahim Ali dinyahkan begitu sahaja oleh pucuk pimpinan, maka suatu hari nanti tidak mustahil Ketua Bahagian lain pula menghadapi perkara yang sama.
Tapi perkara lebih besar dan utama, jika kita terus membenarkan isu ini padam begitu sahaja, suatu hari nanti bukan kita lagi yang memilih Ketua Bahagian. Suatu hari nanti, Ketua UMNO Bahagian akan datang dari Pusat Dagangan Dunia Putra, bukan lagi dari ahli.
Memenangkan Ibrahim Ali tidak mungkin akan menyebabkan UMNO kalah. Pasir Mas hanyalah satu kerusi. UMNO dan Barisan Nasional akan tetap menang 2/3. Cuma jika kita tidak korbankan kerusi Pasir Mas ini, nescaya dalam pemilihan UMNO akan datang, ramai lagi pemimpin akar umbi akan dicantas oleh Pemimpin UMNO di atas sana.
Mari kita sama-sama beri isyarat jelas dan serius kepada Pak Lah, bahawa kuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri bukan hak mutlak menolak kepeutusan pemilihan UMNO Bahagian atau pandangan akar umbi.
Nota: Mana-mana Blogers UMNO yang bersetuju dengan pandangan ini bebas mengambil bahan ini untuk siaran.
24 comments:
UMNO adalah parti politik yang tidak memiliki pejuang. Sesiapa akan menjadi pejuang akan aku pancung. Biar pengikutnya menjadi gementar dan cepat-cepat memohon perlindungan daripada aku.
Yatim, khabarkan kepada aku siapakah pejuang di dalam UMNO sekarang?
AkuLahPM
aye reject doh tu..
umno x memerlukan org sperti tu lg..
Ibrahim Ali (IA) mempunyai darah juang yang tulin, darah bangsa melayu yang berani, berani menegur sesiapa saja kerana kebenaran, bukan mcm pemimpin sekarang sanggup menjilat tumit kaki orang atas yang kononnya pemimpin. Kita sikong IA, kerana prinsip perjuangan beliau. Sejak dari mahasiswa hingga kini dia masih berjuang demi bangsa dan agamanya. Saya doakan IA akan berjuang dan berjaya.
Salaam.
Saya tidak menyokong Ibrahim Ali sebab beliau adalah seorang agen PAS untuk menjatuhkan UMNO. Jika Ibrahim benar-benar hendak menyatukan bangsa Melayu beliau sepatutnya masuk parti UMNO semacam saya.
Dahulunya saya adalah seorang 'libertarian' yang menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Tetapi saya insaf dan sudah kembali ke UMNO.
---Hafiz Noor Shams
kepado sapo2 rakyat kelate di Lembah Kelang hok boleh mengundi di kelate dengar kabar sekarang ni boleh demand RM100 @ RM200 @ RM300 @ RM400 dan yang paling tinggi sekarang ni harga RM500 yg ditawarkan oleh puak2 UMNO...lebih mahal daripada harga hok ngundi Tun M ari tu...
"Hafiz said...
Saya tidak menyokong Ibrahim Ali sebab beliau adalah seorang agen PAS untuk menjatuhkan UMNO. Jika Ibrahim benar-benar hendak menyatukan bangsa Melayu beliau sepatutnya masuk parti UMNO semacam saya."....
Apa punya bodo Hafiz nie.. Ibrahim Ali digantung keahlian dan "dipaksa" keluar parti UMNO.. bukan dia tak nak jadi ahli.. sila buat homework dulu la. ok? bengong pun posting
Kalau pemimpin umno lain yang jadi seperti brahim ali dah mampos lama dah........tapi dato brahim masih lagi diagung2kan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat....hidup barahim ali!!!!!
Sila ambil perhatian yang Hafiz di atas bukan saya. Ada seseorang menggunakan nama saya untuk menyatakan kenyataan yang saya tidak pernah.
Untuk maklumat lanjut sila lihat http://maddruid.com/?p=1078
walaupun saya suka umno tapi saya mahu pas terus mempertahankan kelantan,kerana sekiranya bn menang , pak lah akan bertambah besar kepala.
inilah negara yg kita mahu
http://kucheng.myminicity.com/
Berahim Berahim...Masih Berahi dia bertanding. Lompat Si Katak Lompat ah ah...
majulah negaraku
http://kucheng.myminicity.com/ind
tula, cuba tgk kat sini
http://kucheng.myminicity.com/tra
cuba try tgk cni
http://kucheng.myminicity.com/ind
MALAYSIA MOCK 12TH GENERAL ELECTION
http://www.micropoll.com/akira/mpview/390599-72399
watch this
http://kucheng.myminicity.com/sec
nak kata bodoh teruk sangat. Tapi lebih mulia kata bengong saja orang yang sokong Barhim Kantoi nih.
Mana lebih baik sokong kuda kuat atau sokong kuda tempang yang patut kena tembak saja...
awat laaaa puak-puak sokong pak berahim nih. Gila kaa insen kaaa. Apa kena mengena Berahim dengan UMNO. Tuh dah lama dahhh laaaa. Babak dia dengan UMNO dah habih dahh dah lama tamat. Lain laa kalu kata sokong Berahim untuk selamatkan Pas atau PKR. Haa adalah laa nahu yang betoii. Aku tengok letihlaaa Berahim nih. Lompat terjun tergoleh bangun masuk kelambu orang, makan nasik dalam pinggan orang,macam peminta sedekah. Akahirnya oranag kesian dekat dia yang dok melangut ambik juagk dia . Haaa dan-dan berlagak macam dah dapat keris taming sari. Gila ka apa kaaa orang tua nih!
Saya sokong Supaya pemimpin UMNO dibersihkan TERUTAMANYA SI PENGKIANAT BESAR @ KHAIRY. Dia semacam ZIONIS yang cuba memerintah...Saya pun tak nampak kesalahan Datuk Ibrahim Ali dan sangat terkejut DENGAN pembuangan daripada UMNO. Ada beberapa minit lagi untuk para pengundi menunaikan tanggungjawab sebagai Pengundi yang menentukan sebuah kerajaan. Saya amat menyokong jika UMNO dapat menghapuskan Khairy dari UMNO dan unutk Paklah...Dah lah...rasanya Pak Lah dah penat....Takyahlah memerintah lagi yer...
ibrahim ali molek benarlah menang di parlimen pasir mass leh lah tego paklah yg suka tido benor xkira masa ngan tempat...kalo ada tok him ni gerenti pak lah tak lena.ni x tido jerr xkisahlah rakyat ckup mkn ker x..pas menang kat klate bukan sebab rakyat nya fanatik pd pas...tp rakyat klate benci ngan cakap manggok (ego)pmimpin umno.dahlah tak pandai tawan ati rakyat klate....ni asik duk duk royat pmbangunan...benda sama..muak weii.sebelum nak ubah pmerintahan pas kat klate ubah dlm kuarga dulu...ada ker rakyat klate nak tgk bini pemimpinya xpakai tudung....ckuplah ngan bini raja jerr dah fening kpala...majulah ngeri serambi mekah...
huk alo author blog ni tu pon kna approved dlu...
nak selamatkan melayu tolok BN conform...bukan aku tak suka bN tp pemimpinya..sbb rosak Bn kerna pemimpinya yg rasuah dan gila harta.pak lah lulusan agama pon xleh bimbing kuarganya inikan pula negara.. ibrahim ali adalah manusia yg langsung xgentar bhadapan nga paklah...pjuangkan nasib rakyat tok him ..idup berahim ali..
..kalau dah kalah tu mengaku je lah..bukan setakat pak lah..orang kelantan memang tak suke UmNO tu...bodoh betol...
Ibrahim Ali...syok sendiri. Ntah apa-apa.. rasa diri pandai.. bukan nak hidup berjemaah. Patut dia ikut jemaah bukan ikut sesuka hati.. nak jadi bebas.. kambing yang tunggal..mampos dimakan serigala
Post a Comment