DAP Pemenang Sebenar Pilihan Raya 2008
Keputusan pilihan raya umum 2008 sungguh menarik dan penuh tanda tanya. Menarik kerana dari lima negeri yang diperolehi oleh DAP-PKR-Pas, hanya tiga negeri yang kukuh.
Yang kukuh ialah Kelantan dan Kedah di bawah Pas dan Pulau Pinang di bawah DAP. Manakala di Perak dan Selangor ia bukan sahaja tidak kukuh malah akan menyaksikan konflik pemerintahan yang berterusan.
Di Perak, Pas sebagai parti paling sedikit menang kerusi dilantik menjadi Menteri Besar. Pas hanya menang 6 kerusi berbanding DAP (18) dan PKR (7). Jika mereka merupakan gabungan yang mantap seperti BN tentu ini bukan persoalan besar. Namun ikatan rapuh berasaskan kepentingan semasa sahaja pasti akan memberi banyak implikasi masa hadapan.
Mahu tidak mahu, Pas akan menjadi Menteri Besar yang akur kepada DAP sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam ikatan longgar ini. Mampukah penyokong tradisonal Pas dan orang Melayu yang menyokong Pas menerima pendirian baru Pas nanti?
Di Selangor lebih menarik, PKR mendapat 15 kerusi, DAP 13 kerusi, Pas 8 dan BN 21 kerusi. Jika salah satu parti sahaja menerik diri dari gabungan DAP-PKR-PAS, maka kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil.
PKR-DAP masih kekal jika Pas menarik diri. Namun jika DAp menarik diri maka ikatan ini akan runtuh terus. Justeru mahu tidak mahu Menteri Besar dari PKR perlu memenuhi segala tuntutan DAP.
Lebih menarik kita akan melihat permainan kuasa ini bukan sahaja membabitkan negeri Perak dan selangor tetapi juga negeri-negeri lain yang dikuasai Pas. Sebarang dasar dan polisi yang tidak dipersetujui oleh DAP mustahil akan dilaksanakan kerana ia akan mengakibat kesan domino di Perak dan Selangor.
Justeru selain menguasai Pulau Pinang secara mutlak, DAP juga menguasai Perak dan Selangor melalui belakang tabir. Malah DAP juga boleh mengawal kerajaan Pas Kedah dan Kelantan.
Kestabilan kerajaan ini akan berada di dalam tandatanya sehinggalah tiba pilihan raya umum akan datang.
12 comments:
Perak adalah contoh terbaik sebuah Kerajaan Majmuk. Perak sekarang laksana Malaysia yang diperintah oleh UMNO, yang mana PAS sekian lama merujuk kerajaan Persekutuan tidak Islamik dan gagal membendung maksiat. Pemimpin UMNO disifatkan sekular dan anti Islam kerana gagal mengislamkan pemerintahan dan sering menganggap Malaysia bukan Negara Islam. Pemimpin PAS juga gemar mencabar pemimpin persekutuan agar mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.
Kini pisau berada ditangan PAS,
1. Bolehkah PAS melaksanakan hukum HUDUD di Perak?
2. Bolehkah PAS menutup semua rumah urut di Perak?
3. Bolehkah PAS ishtiharkan Perak sebagai NEGERI ISLAM?
4. Bolehkah PAS menghalang mualaf menganuti semula agama lamanya dengan mengenakan undang2 hudud?
Mahu tidak mahu orang Melayu akan menyaksikan lebih banyak tempat hiburan dan rumah urut tumbuh di Perak dan Selangor.
Apa yang PAS boleh buat?
amende laa. belum seminggu dah cakap macam-macam.. ahlil nujum ke??.. parti yang dah 50 tahun tu memerintah tu tak kan tak nampak kepincangannya, parti yang baru nak memerintah dah nampak semua yang buruk.. memeng ko ada niat tak baik ni.. ingat la, makin kuat ko hantam, makin orang benci, tak kan semudah itu je orang nak percaya kata2 ko tu. makin banyak ko tulis makin terserlah busuk hati ko tu.. tunggu je la kekalahan paling tragis..
Bukan kalah menang yang menjadi perhitungan, aku tak akan kalah pun kerana aku tak pernah bertanding dan tak akan menyertai mana-mana parti, cuma aku tergelak apabila PAS mengatakan Hudud boleh tunggu, tapi dulu bila UMNO mengatakan Hudud kena tunggu, bukan main lagi kutuk... bila nak memikat bangsa lain, boleh tunggu konon. Jangan main-main hukum Allah ni kawan.... Aku dulu percaya penuh yang PAS ni memang memperjuangkan Islam, dan aku masa tu sokong 101%, tapi hari ini Islam PAS dah boleh berkompromi. Apa dah jadi?
Berilah apa juga alasan...faktanya pendirian PAS sentiasa berubah mengikut keadaan, sedangkan ustaz aku ajar Islam itu sesuai untuk semua keadaan dan semua zaman... jangan nak kelentonglah kawan... Ini agama, kalau hitam kata hitam, kalau putih kata putih, jangan ikut suka je, buruk padahnya nanti. Aku ingatkan je...
Mengenai hudud, aku rasa kerajaan PAS Kelantan pernah untuk menguatkuasakannya, tapi telah ditolak oleh kerajaan pusat melalui peguam Dato' Zaid Ibrahim. Maknanya kena dapat kelulusan kerajaan pusatlah juga. Draf Hudud ada & kempen penerangan telah dibuat besar-besaran (tapi tak masuk tvlah)tapi ditolak. UMNO dah 50 tahun perintah, takkan nak bagi alasan kena tunggu lagi untuk laksana hudud ini.
Kerja amar maaruf nahi mungkar tak bolehlah mengharapkan Menteri Besar sahaja. Tapi aku yakin, pemimpin yang bersih tidak akan selesa dengan kerja-kerja maksiat ini.
Woiii..Anuar Mat Saman
Dengki la tu namanya bila BA memerintah. Dah kalah dah la. Penderhaka, pengkhianat perompak Melayu.
Poodah
assalamualaikum.
Aku bkn nak kata ape laa ek,arwah pakcik aku pernah bertanding kerusi DUN PJ Selatan di bwh tiket PAS.tapi dgn izin allah dia kalah.So aku xtau dimana silapnya.Tapi percayalah jika niat kita ikhlas,insyallah kurang kempen pun kita leh menang.Jd ko fikir2kanlah.
ini pandangan aku kepada ape yg berlaku sekarang.
1. perjuangan PAS tidak pernah terpesong..PAS masih lg mmprjuangkan negara Islam..tetapi jika dilihat sejarah..PAS bukanlah parti pilihan rakyat..oleh itu PAS menukar taktik dgn membawa negara berkebajikan..jika diteliti,negara bkebajikan ni sbenarnya salah 1 ciri drpd negara Islam selain drp plaksanaan hukum hudud dan kisas..
2. PAS sendiri tekejut dgn kemenangan besar dlm PRU12 br2 ni.mengmbil peluang itu PAS ingin mmbuktikn yg PAS mmpu mentadbir negeri lain selain Kelantan dn mengotakan ape yg dijanjikn..oleh itu apabila kerajaan cmpuran Perak dan Selangor dibuat,PAS bersetuju bersama dgn Keadilan dan DAP menubuhkn krjaan negeri.
3. ada org kata BR mesti mgotakan janji utk menurunkn harga minyak,hapus tol..tp harus diingt BR tidak dpt berbuat ape2 jika hnya
memerinth negeri..sbb kewangan negeri tidak cukup menangung kos penurunan.sdgkn hutang krajaan negeri selangor pun beratus juta..ini xlogik.Menifesto pada PRU12 br2 ni adalah menifesto umum jika PAS@keadilan@DAP memerintah negara...
4. bagi la peluang BR memerintah dulu..jgn pakat hentam je...
ini pandangan aku kepada ape yg berlaku sekarang.
1. perjuangan PAS tidak pernah terpesong..PAS masih lg mmprjuangkan negara Islam..tetapi jika dilihat sejarah..PAS bukanlah parti pilihan rakyat..oleh itu PAS menukar taktik dgn membawa negara berkebajikan..jika diteliti,negara bkebajikan ni sbenarnya salah 1 ciri drpd negara Islam selain drp plaksanaan hukum hudud dan kisas..
2. PAS sendiri tekejut dgn kemenangan besar dlm PRU12 br2 ni.mengmbil peluang itu PAS ingin mmbuktikn yg PAS mmpu mentadbir negeri lain selain Kelantan dn mengotakan ape yg dijanjikn..oleh itu apabila kerajaan cmpuran Perak dan Selangor dibuat,PAS bersetuju bersama dgn Keadilan dan DAP menubuhkn krjaan negeri.
3. ada org kata BR mesti mgotakan janji utk menurunkn harga minyak,hapus tol..tp harus diingt BR tidak dpt berbuat ape2 jika hnya
memerinth negeri..sbb kewangan negeri tidak cukup menangung kos penurunan.sdgkn hutang krajaan negeri selangor pun beratus juta..ini xlogik.Menifesto pada PRU12 br2 ni adalah menifesto umum jika PAS@keadilan@DAP memerintah negara...
4. bagi la peluang BR memerintah dulu..jgn pakat hentam je...
emmm..jgn csiter pasal PAS lah..kalau dah bersekongkol dan DAP tu maknanya berkepentingan politik semata-mata..sama je lah korang. buruk-buruk kerajaan BN pun anak2,sedara-mara korang rasa pun nikmat keharmonian,kesejahteraan,keamanan di bumi beruah ni..bila semua dah rasa kesenangan, orang buat baik pun dah tak nampak..manusia mudah lupa..sedihnye..
Dulu-dulu aku suka la jugak dgn pas ni,aku xkisahlah ceramah mereka sebelum ini penuh dengan caci maki, tapi yang paling aku tak tahan sekarang, pas bersatu dgn DAP yang nyata lagi terserlah menentang pembentukkan negara Islam, pemimpin tertinggi DAP melaungkan langkah manyat mereka dulu kalu nak tubuh negara Islam...
Ntah la.. manusia bila ada peluang berkuasa mula lah lupa pada perjuangan sebenar..
Dan aku rasakan sekarang sape yang undi pas @ pkr samalah dengan mengundi DAP.. Mungkin kerana rakus untuk berkuasa orang melayu khususnya mudah lupa yang mereka sebenarnya sedang melemahkan melayu itu sendiri dengan perpecahan yang berlaku pada pru12 lalu x mustahil,Melayu akan jadi hamba di negara sendiri.. Islam hanya akan menjadi kuat jika umatnya bersatu.. Buat apa PAS berkuasa sekali pun tapi segala keputusan terletak pada DAP..
pas, pkr semuanya retorik...kalu dah sekali dengan dap...nak memperjuangkan melayu apa benda.
kat perak, selangor..nama je MB melayu..hakikatnya memang suruhan dap...
apa nak jd dengan korang semua...bila dah semua senang, aman. hanya yang nampak keburukan sahaja...
Hadi Awang kawin lagi satu,
anwar masuk kuil dan berhala,
hukum hudud boleh tunggu,
PAS gengPKR,DAPnak tenggek dikepala
hukum hudud boleh tunggu,
Pas gengPKR DAPnak tenggek dikepala
PAS jahat serupa hantu,
Halal saja kalau ia dapat juga.
Ingatlah wahai PAS Kerusi yang kamu menang tak banyak.kamu jadi MB kerana batang tubuh kerajaan syaratkan hanya orang Melayu dan beragama Islam jadi MBnya.Itu perlembagaan raja dan UMNO bikin semasa tentang Malayan Union dulu.Sendiri mahu ingat..Dahlah buta hati... jangan buta sejarah pula....!
Post a Comment