Thursday, November 27, 2008

Fakta tetap fakta

Hakikat bahawa tulisan saya semalam menimbulkan ramai kemarahan kawan-kawan adalah lumrah dalam penulisan politik. Saya dilihat disuruh oleh orang tertentu yang rapat dengan saya. Pada masa yang sama tiada pula kawan-kawan yang mempertikaikan saya ketika membela Tun dan mengkritik Pak Lah suatu ketika dahulu. Kerana saya dilihat rapat dengan kumpulan Dr Khir Toyo maka sahabat blogger bigdog yang juga rapat dengan Datuk Mukhriz menghentam Dr. Khir melebihi hentamannya ke atas saya.

Saya tidak akan terikut-ikut gerakannya dengan menyerang balas Datuk Mukhriz biarpun banyak juga cerita yang boleh dibuka termasuk semasa berlangsungnya mesyuarat perwakilan UMNO yang lalu sehinggalah sejarah "kejayaan" korporatnya. Bagi saya jika ada pemimpin UMNO tampak bersih dan hebat biarpun bukan hakikat sebenarnya biarkanlah ia demikian kerana ia tidak merugikan UMNO.

Saya juga tidak berniat menyerang Tun kerana ia merupakan negarawan ulung negara. Cuma sebagai menjawab soalan Big Dog kepada saya

"Yang menghairankan, bagaimana pemimpin seperti Mike Tyson yang pernah ditangkap dengan percubaan menyeludup sejumlah amat besar wang dari Australia (walaupun dibebaskan dengan sebab teknikal semata mata), masih lagi diberikan peluang untuk bertanding jawatan tertinggi parti, kalau bukan sebab ‘Politik Wang’? Apakah Bahagian UMNO yang memberikan pencalonan terlalu bodoh dan bebal sehingga tidak langsung teringat peristiwa lebih sepuluh tahun lampau itu?"


Soalan yang sama tentulah bloger bigdog boleh tanya kepada Tun Mahathir yang melantik Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor pada tahun 2000. Apakah Mat Taib menjadi bersih ketika itu dan tidak hari ini?

Jangan mudah menyalahkan ahli UMNO sahaja. Lihat fakta.

Nota:
1. Apakah bukan politik wang jika ada orang tertentu yang merancang untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO telah membayar elaun bulanan kepada beberapa puluh orang Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sejak dua tahun lalu?

2. Apakah senarai yang akan Tun keluarkan nanti berdasarkan mata kepala beliau sendiri atau sekadar laporan-laporan orang kepercayaannya yang kita telah tahu berpihak kepada siapa.

3 comments:

Mahyudin said...

Salam...
Yang pastinya nama Mukhriz tiada dalam senarai nama mereka yang terlibat dengan politik wang. Yang lain-lain tu pun mungkin disenaraikan berdasarkan pemerhatian Mahathir saja...agaknya lah... Adakah Mukhriz benar-benar 'bersih' dari noda politik wang?...

Razlan said...

Salam Sahabat semua..

Kadang-kadang kita ni cakap berani .. mengata orang berani .. tapi apabila dikata balik .. sensitif ..

Masalahnya .. ada yang cakap dia tidak setia .. tetapi .. mengikutnya TAKSUB ..

Setia dan TAKSUB adalah perbezaan yang nyata ..

Setia boleh dikritik .. TAKSUB langsung tidak boleh menerima teguran .. baik pada diri ataupun pada TUANNYA..

Ini laa .. POLITIK .. DOK main remote-remote .. pasang-pasang kaki.. belasah sana .. belasah sini ..

Kene tegur sikit .. apit sikit .. kalah sikit .. dah main pasang keliling belasah ..

Semua ada kekuatan dan ada cara untuk berkempen .. kalau nak ikut PRATURAN PARTI . nak sebut ayat KEMPEN pun tak boleh ..

Apa nak diherankan dengan Politik WANG.. Dari AWAL semua dah langgar peraturan .. "TAK BOLEH BERKEMPEN"

Yang peliknya .. golongan MT buat keputusan dan peraturan .. semua langgar (SEMUA).

Jadi, janganlah kita menunjukkan kita ni HIPOKRIK sangat .. bab kat kita .. ok .. bab kat orang lain, tak ok ..

saja nak merapu .. sebab tengok korang pun merapu ..

Fadzli said...

Wahai "orang Selangor",

-Jika anda masuk gelanggang, maka berani lah bertarung dan usah menjadi pondan.
- Jika anda kata ada maklumat sahih mengenai sipolan-sipolan, maka war2kan lah, jika ia benar. Jika anda berdolak dalih dengan seribu alasan, maka saya andaikan anda pondan kelas 1.
- Anda mungkin ahli UMNO, maka saya andaikan anda seperti mana kebanyakkan ahli UMNO yg ada sekarang...iaitu bersikap bacul, perosak bangsa, perasuah, penakut menegakkan kebenaran dsb.
- Pengalaman saya mengikuti mesyuarat perwakilan UMNO baru2 ini mengesahkan bahawa kebanyakan ahli UMNO masih beku fikiran, tiada wawasan, tiada pemikiran genius dsb...anda adalah antaranya
- Jika berani kerana benar, ceritalah kebenarannya. Jika tidak anda si pondan Khir Toyo.

Fadzli (Kulim Hi Tech)
-