Tuesday, December 02, 2008

Hipokrasi Pemimpin UMNO

Saya terbaca laporan di Mykmu.net mengenai cadangan Mukhriz dan Khir Toyo agar sekolah vernakular dihapuskan untuk perpaduan kaum.

Biarlah orang Cina dan India mahu terus belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Tamil. Peduli apa kita? Sepatutnya kita pejuangkan pengukuhan sekolah Kebangsaan. Sekolah kebangsaan sekolah negara. Layak dapat semua bantuan yang diperlukan bagi mengukuhkan kulaiti dan kekuatan pengjaran dan pembelajarannya.

Sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah agama adalah sekolah pilihan yang kerajaan hanya perlu memberi bantuan seadanya. Kalau ada orang mahu menghantar anak mereka ke sekolah jenis ini kita biarkan sahaja.

Sudah tahu Sekolah kebangsaan ramai anak Melayu, kita peduli apa isu sekolah vernakular ini? Jika sekolah kebangsaan boleh menjadi yang terbaik tak lama lagi orang Cina pun akan hantar anak ke sekolah kebangsaan.

Tak usahlah paksa anak orang sekolah di sekolah kebangsaan jika anak-anak pemimpin UMNO pun banyak dihantar ke sekolah antarabangsa. Pemimpin UMNO yang tidak menghantar anak mereka ke dalam sistem sekolah kebangsaan jangan bercakap soal sekolah kebangsaan.

Biar kami ahli UMNO haprak yang undi berdasarkan wang (seperti dakwaan Tun) sahaja bercakap mengenai sekolah kebangsaan kerana anak kami bersekolah di sana.


Jangan kerana mahu bertanding dalam pemilihan UMNO masing-masing ghairah bercakap soal orang Melayu tapi hidup pun tak serupa Melayu lagi.

8 comments:

Dr.Sid said...

sokong!!!!

http://writtenbyhim.wordpress.com/

d'Frog Prince said...

penulis memang betul. tak buta hati macam kebanyakkan orang lain, hidup penulis...

sekolah jenis kebangsaan juga mempunyai manfaat sendiri, sebagaimana sekolah agama. bak kata penulis, kalau sekolah kebangsaan bagus, maka berpuyun-puyun orang hantar ke sekolah itu, tak payah nak paksa.

adikmanja said...

Saudara patut baca yang tersirat, bukan hanya yang tersurat. Yang tersurat ialah kita acapkali di asak oleh kaum bukan bumiputera akhir-akhir ini. Kita hanya mempertahankan diri, itupun hanya segelintir pemimpin Melayu mempertahankan diri. Isu-isu seperti ketuanan Melayu, Raja-raja Melayu, Papan tanda jalan, Isu azan dll lagi amat menyentuh hati naluri orang-orang Melayu. Namun selama ini orang Melayu hanya duduk mempertahankan diri.

Dalam peperangan, mempertahankan diri bukanlah satu strategi yang berkesan, sebaliknya menyerang balik adalah satu langkah yang akan membawa kejayaan. Itulah yang sedang dilakukan dalam konteks sekolah Cina dan Tamil ini.

Samad said...

Biasalah... Ini semua retorik untuk menang jawatan Ketua Pemuda... Masing-masing cuba nak tunjuk pandai...

manis di bibir said...

Maaf tuan, nak tumpang bertanya ...

Anak Mukhriz Mahathir tu bersekolah di mana?

Adakah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?

Adakah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil?

Adakah di Sekolah Kebangsaan?

Atau, adakah di INTERNATIONAL SCHOOL?

Maaf, saya hanya bertanya ....

Maaf, saya hanya manis di bibir ...

Anonymous said...

kelmarin,

Isunya ialah perpaduan kaum. Saranan dari mukhriz and khir toyo patut dilihat dari perspektif itu. Hanya itu.

kucau said...

lerrr... ko nie kata penyokong UMNO, tapi noob. the best defence is offence lerrr. itu yg mukhriz buat. slow la ko nie. patot la umno kalah

Anonymous said...

reading ur blog is like reading a satan's article...full of hatred and selfishness...we r malaysian....thus we need one system for all...that is the first step to equality!

ladyfromhell