Saturday, December 06, 2008

Selamat Hari Raya Tun Mahathir!

Assalamualaikum Tun,

Telah saya baca catatan terawal kritikan saya terhadap Tun, saya akui dalam menyampaikan makna pandangan tersebut, artikel tersebut berbunyi agak kasar dan mungkin sedikit biadap. Ini pasti kerana saya merupakan seorang penulis muda yang tidak pandai menyiratkan makna, menyimpulkan hasrat. Jika dilihat dalam blog ini hampir keseluruhan tulisan saya bersikap kasar dan berterus terang.

Saya bersetuju dengan ramai rakan-rakan yang menghentam bahawa tulisan kali ini agak keterlaluan bentuk bahasanya. Namun itu tidak bermakna saya tidak menghormati atau telah hilang rasa hormat kepada Tun.

Saya masih berpegang bahawa UMNO tidak harus terus dilemahkan dengan serangan bertubi-tubi dalam isu politik wang. Saya juga masih berpegang kepada pendirian bahawa sindiran Tun terhadap calon-calon Timbalan Presiden yang mendapat pencalonan lambat sebagai mungkin mengamalkan politik wang sebagai sesuatu yang amat tidak sesuai datang dari seorang negarawan ulung.

Namun ini semua telah saya jelaskan, dan saya tidak akan memanjang mahu pun menegur lagi tindakan Tun dalam isu politik wang ini. Saya tidak lagi berniat untuk berbahas atau mematahkan hujah Tun selepas ini kerana bukan niat saya untuk memburukkan Tun atau menunjukkan siapa lebih hebat berhujah.

Saya juga sedar, tulisan saya agak kasar dan sesetengah pertanyaan tersebut menyentuh hati nurani Tun dan mungkin tidak adil kepada banyak pihak.

Justeru sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, sebagai seorang "anak zaman Mahathir" saya pohon ampun dan maaf jika kritikan saya terhadap Tun mengguris hati dan perasaan Tun.

Saya doakan moga Tun dilanjutkan usia dan kembali ke dalam UMNO pada Mac 2009 nanti seperti mana yang Tun janjikan kepada kami dahulu. Marilah sama-sama kita memperkukuhkan UMNO bagi memastikan survival agama Islam dan orang Melayu di negara ini terus terjaga dan terpelihara.

Maaf Zahir Batin.

AMLG @ Amin Yatim

9 comments:

GuruBashid said...

Jika Ismail Ibrahim ialah anaknya sendiri, siapa pula Ismail kita?

Selamat Harii Raya Qurban

Nasionalis said...

Baguslah tu ...

Berbeza pendapat atau bos, tak perlu sampai berkasar-kasar dan bertegang leher.

Yang tua dihormati,
Yang muda disayangi.

mohaf said...

Bila kita rasa kita dah buat salah, mengaku dan minta maaf adalah jalan terbaik. Tak jatuh standed pun. Siapa yang tak buat salah dlm dunia ni. Yang tak betulnya bila dah buat hal masih nak pertahan juga, nak menegak benang basah. Contohnya Khir Toyo bagi penyapu ...

Anonymous said...

Saudara Cuit Sikit@Amin Yatim@Kunta Kinte,

Baguslah dah sedar dan mohon maaf kepada Tun,saya suka baca tulisan saudara,saudara memang mempunyai bakat besar didalam bidang penulisan.Saudara seorang muda yang mempunyai masa depan yang cukup baik jika menulis secara ikhlas dan berpandukan pada fakta,saya nilai saudara setaraf Kadir jasin, Rejal Arbie,Zam,Ruhanie ahmad,Chamil Wariya dan rami lagi wartawan tersohor.

Tetapi malang sekali teguran serta penilaian saudara terhadap teguran Tun jauh menyimpang.Saudara tidak pernah dengar Tun tegur perwakilan UMNO semasa Pre council setiap kali menjelang Persidangan Agung UMNO.Saya berpeluang menjadi perwakilan sebanyak 13 kali,apa yang dapat saya rumuskan ialah Tun amat konsisten didalam menegur calon calon yang mengamal rasuah politik,tetapi bagi kebanyakan perwakilan masuk telinga kiri keluar telinga kanan,mereka hanya setuju semasa dalam dewan sahaja.

Siapa yang paling layak menegur ahli ahli UMNO ? adakah Pak Lah ,Najib,Mahyuddin,Ali Rustam,Isa Samad ? saya serah kepada saudara untuk menjawab !Tun menegur bukan kerana mahu UMNO hancur,dilubuk hati Tun beliau amat sayang pada UMNO walau pun beliau telah keluar dari UMNO.

Saudara ! banyak yang saudara perlu belajar terutama sekali dari seorang Negarawan ulung Dunia.

Anonymous said...

Alhamdullilah...ambil yang jernih buang yang keruh,

Yang Tua dihormati, yang muda disayangi....

Tahniah dan syabas atas keikhlasan dan keberanian saudara memohon maaf kepada TUN..niat saudara adalah baik....mungkin cara penyampaian message berbunyi kasar....

Menegurlah cara berhemah dan bersopan..berdebatlah secara beradap....

Sekali lagi tahniah atas keikhlasan saudara.

larocheguy

Faizal Zakaria's Blog said...

Ugut-mengugut bukan budaya kita :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

"anak zaman mahathir"...tsk..tsk..tsk...

Anonymous said...

where's your integrity man? says one thing, denies it, and claims something else. stick to you own gun...what la...

Faizal Zakaria's Blog said...

sekurang2nya saya berani jugak...

u tu...nak letak nama kat komen pun 'penakut' ;-)














(( Kuala Terengganu )) : ‘Markah Bonus’ Untuk Calon Pemilihan Parti :-)
http://pro-faizal.blogspot.com