Akhirnya...

Akhirnya seseorang dalam UMNO sanggup ke hadapan mengaku bertanggungjawab terhadap kekalahan partinya.
"Saya rasa bertanggungjawab dengan prestasi buruk Barisan Nasional Selangor, maka dengan rasa penuh tanggungjawab, saya melepaskan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor dan pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor," - Dr. Mohamad Khir Bin Toyo.
dan seseorang yang lain bersedia memulihkan kepimpinan UMNO.
KOTA BAHARU, 19 Mac (Bernama) -- Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau sanggup menerajui Umno jika ia satu-satunya cara untuk memulihkan imej parti itu berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Saya tidak keberatan untuk menggalas tanggungjawab sebesar itu jika mendapat sokongan padu bukan sahaja di peringkat akar umbi tetapi juga di peringkat pimpinan tertinggi parti.
cuma...
Pak Lah sahaja masih tak sedar beliau punca BN kalah besar.
Untuk berita lanjut, lihat mykmu.net, malaysiakini.com, Bernama.com dan rockybru.blogspot.com.
Baca Selanjutnya!