Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Mahu Tipu Siapa?
Pas dan PKR mendakwa kerajaan negeri Selangor yang baru tidak meluluskan ladang babi moden. Sebaliknya kerajaan negeri BN yang meluluskannya.
Sekarang kita baca balik kenyataan YB Teresa Kok, 3 April 2008.
Yesterday, the Selangor state exco meeting approved a RM100 million modern pig farm in Selangor. I felt so proud to see this decision being approved by our state excos. The exco who in charge of agriculture port folio is Yaakob from PKR. He is an expert in the field of modern agriculture. I told the excos in the meeting that let the Selangor modern pig farm be an example to all other state governments.
Kerajaan Negeri Selangor meluluskan RM 100 juta ladang babi moden di Selangor. Kalau kerajaan dulu yang luluskan, apasal sekarang kena luluskan lagi?
Kemudian apabila diasak oleh orang ramai dan BN Selangor, Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan ini pada 8 pril 2008.
"Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Modern Pig Farming di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari 2008 yang lalu."
Sebaliknya kenyataan BN Selangor konsisten sejak hari pertama isu ini muncul lagi.
SHAH ALAM 7 April - Kerajaan negeri diingatkan agar membuat kajian terperinci termasuk mengehadkan ternakan babi mengikut keperluan supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, penelitian itu perlu dilakukan bagi mengelakkan negeri ini dijadikan sebagai pusat pengeluaran babi secara besar-besaran.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika masih berkuasa pada penggal lalu, ada membincangkan projek berkenaan dengan sebuah sebuah syarikat swasta tempatan tetapi pihaknya pada masa itu telah menetapkan projek berkenaan tidak akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri.
SHAH ALAM 9 April - Kerajaan negeri sekarang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, boleh mengkaji semula untuk membatalkan projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, jika benar-benar mahu berbuat demikian.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan tidak sepatutnya kerajaan negeri yang berkuasa ketika ini mengaitkan keputusan meluluskan projek itu pada 2 April lalu, dengan apa yang diluluskan oleh pentadbirannya pada 30 Januari lepas.
"Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata muktamad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja
"Dalam hal ini, beliau yakin kerajaan negeri yang baru menerima tekanan daripada pihak tertentu termasuk DAP sendiri yang menjadikannya sebagai keutamaan bagi mereka sehingga timbul percanggahan kenyataan di kalangan Exco sendiri.
"Kenyataan dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh DAP, sepatutnya kenyataan dibuat Exco berkaitan pertanian, tetapi kenapa dibuat Exco berkaitan pelaburan.
"Kalau hendak buat pun, janganlah menjadi projek pertama yang dibuat secara besar-besaran," katanya.
Beliau turut mengulas tindakan Exco-Exco Pas menyokong projek itu sedangkan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, parti itu mengedarkan risalah membantah cadangan pembinaan pusat ternakan babi di situ.
Exco Selangor Tang See Hang:
SHAH ALAM 10 April - Kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ini hanya meluluskan penggunaan sistem bioteknologi oleh syarikat dari Jerman untuk dilaksanakan dalam projek ternakan babi moden di Sepang.
Bekas Exco Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, Datuk Tang See Hang berkata, kajian-kajian teknikal seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), persetujuan penduduk dan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) belum pernah dibuat.
Kenyataan beliau ternyata bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa keseluruhan projek berkenaan diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan sebelum ini.
"Kita hanya setuju projek ini diteruskan menggunakan sistem bioteknologi oleh syarikat dari Jerman setelah kajian mengenainya didapati sesuai.
"Kajian teknikal masih belum dibuat tetapi penduduk sudah diberitahu mengenainya," kata See Hang ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jadi siapa sebenarnya penipu? Sampai hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim belum menjawab mengapa sekejap kata kerajaan beliau yang luluskan, kemudian dakwa kerajaan lalu pula yang luluskan.
Mana satu yang betul? Jika kerajaan lalu telah luluskan, mengapa kerajaan hari ini perlu luluskan lagi?
Baca Selanjutnya!