Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Wednesday, April 25, 2007

Anwar Manusia Hipokrit

Seorang bekas wartawan akhbar Tamil menulis dalam laman web Ijok.net menceritakan bagaimana Anwar bukan sahaja mengelak isu Maika Holdings semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan perdana Menteri, malah menyatakan semuanya mengikut peraturan.

Sekarang ini serata Ijok dijajakan isu Maika Holdings sebagai tidak betul.
Baca Selanjutnya!

Saturday, April 21, 2007

Kuiz Anwar Ibrahim

"Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?.

"Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah," katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi. Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan.

Sumber: Harakahdaily.net

Bahagian Mana paling melucukan dalam ucapan Anwar ini? Sila jawab dalam komen. :)
Baca Selanjutnya!