Showing posts with label Khairy Jamaludin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaludin. Show all posts

Sunday, July 22, 2007

Khairy Punca Mesyuarat Pemuda Padang Besar Tidak Sah

Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Padang besar yang dirasmikan oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin telah diisytiharkan Null and void (tidak sah). Ini bermakna Pemuda bahagian tersebut tidak dapat menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO tahun ini.

Menurut The Star, mesyuarat tersebut diisytiharkan null and void oleh Setiausaha Agung UMNO setelah menerima aduan daripada Pemuda Bahagian tersebut bahawa surat panggil mesyuarat hanya dihantar beberapa hari lalu dengan tarikh dikebelakangkan(backdated). Ini tidak memenuhi kehendak peraturan mesyuarat.

Kita tentu tertanya-tanya mengapa surat dihantar lambat dan mesyuarat perlu diadakan segera? Jawapannya sudah ramai dalam Pemuda Bahagian yang mengetahuinya.

Sebab di dalam pemuda UMNO sekarang hanya beberapa Pemuda bahagian sahaja berani menjemput orang lain sebelum bertanya Khairy Jamaluddin.

Dengan kata lain, hanya jika Khairy menolak atau tidak dapat hadir barulah jemputan akan dibuat kepada EXCO Pemuda yang lain.

Apatah lagi Ketua Pemuda Padang Besar, MOHD NOOR BIN AZIZ, ini salah seorang orang kuat KJ di Perlis selain Rozabil (Ketua Pemuda Arau) pasti beliau akan berbuat apa sahaja untuk memastikan Khairy dapat turun ke kawasannya.


Baca Selanjutnya!

Monday, June 11, 2007

Saham UMNO Tapi Orang Lain Berkuasa?

Datuk Ahmad Rejal Arbee merupakan bekas Ketua Pengarang Berita Harian. Tulisan terbaru beliau mengenai LRT di Selanngor menarik perhatian AMLG dalam para berikut:

Agak menghairankan kenapa pengumuman Dr Khir yang begini penting untuk faedah ramai penduduk sekitar Ibukota dan Lembah Kelang tidak mendapat tempat dalam akhbar. Berita itu dikeluarkan Bernama hari Selasa 5hb Jun. Malangnya hanya akhbar The New Straits Times saja yang memuatkan berita itu keesokannya, keluaran hari Rabu di muka surat 10. Nampaknya akhbar lain samaada tidak fahamkan kepentingan berita itu kepada orang ramai atau tidak mahu memberi ruang hanya kerana ia berasal dari Bernama? Jumaat kelmarin akhbar The Sun telah menggunakan berita itu dengan sepenuhnya di muka 20 – walau pun dua hari terlewat.
www.mykmu.net

Pertanyaan beliau ini kurang tepat atau sengaja diserongkan. Kenyataan Khir Toyo tersebut tidak diberi liputan kerana memang media yang dibawah pengaruh Kamal Khalid dan Kalimullah sudah diarahkan mengecilkan semua berita positif mengenai Khir Toyo.

Sebenarnya Khir Toyo merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang jarang diberi liputan positif oleh media-media milik UMNO yang berada di bawah kawalan Kamal Khalid (baca sebagai KJ). Biarpun Khir Toyo menang undi terbanyak dalam MT UMNO tetapi ini bukan bermakna beliau akan mendapat liputan adil dari media di bawah syarikat berkaitan UMNO.

Hal yang sama berlaku kepada Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) yang pernah mengkritik Kalimullah tahun lalu. Menurut Datuk Rejal juga, sehingga hari ini NST masih memboikot ZAM hiarpun beliau merupakan menteri yang mewakili UMNO.

Mungkin persoalan ini relevan kepada kepimpinan UMNO: Dayuskah UMNO Membiarkan Menterinya terus diboikot NST?



Aneh sungguh. Ketika diuar-uarkan bahawa zaman Abdullah Badawi lebih terbuka dan telus, kita dapati tiada siapa yang berani mempertikaikan kekuasaan Khairy Jamaluddin dan konco-konconya seperti Kamal Khalid dan Kalimullah Hassan bermaharajalela atas harta milik UMNO.

Siapa berani menyoal mengapa liputan ke atas Khairy Jamaluddin lebih besar dari liputan ke atas semua ahli Majlis Tertinggi UMNO kecuali Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak.

Siapa Khairy? Khairy hanyalah Naib Ketua Pemuda UMNO yang menang kerana arahan Abdullah Badawi kepada Ketua Perhubungan UMNO Negeri supaya diberi laluan.

Mengapa berita mengenai Muhyiddin, Ali Rustam, Khir Toyo, Aziz Shamsuddin, Hishamuddin dikecilkan sedangkan mereka ini diberi mandat yang besar oleh perwakilan UMNO?

Bukan sahaja di ruangan nasional, malah di ruangan sukan pun berita pasukan UPB MYTeam milik Khairy diberi liputan meluas berbanding laporan Liga Super mahu pun pendahulu liga Perdana (Liga kelas dua yang turut dianggotai oleh Myteam) Polis Diraja Malaysia.

Kita juga mungkin ingin bertanya mengapa TV3 lebih membesarkan program MYteam ke Indonesia berbanding promosi Piala Asia oleh FAM?

Baca Selanjutnya!

Tuesday, May 15, 2007

Merdeka 50 Tahun: Tapi PM Belum Merdeka

Beberapa Perdana Menteri sebelum ini berusaha keras menjadi pemimpin ulung negara yang bukan sahaja dikagumi dalam malah luar negara. Nama seperti Tun Razak dan Tun Mahathir akan diingati sebagai pemimpin yang menjulang nama negara, memperjuangkan kepentingan negara dan membawa pulang syarikat-syarikat negara yang menjadi milik asing seperti NSTP, Guhtrie dan Sime Darby.

Malang sekali Malaysia sekarang ini mendapat seorang Perdana Menteri yang belum merdeka akal dan mindanya.

Adakah logik seorang PM memperjuangkan hak Manchester United sehingga memperjudikan nama baik negara di dalam FIFA dan menghadapi kemungkinan digantung dari badan induk tersebut?

Kalau Manchester mahu datang pilih sahaja tarikh lain di luar Kejohanan Bola Sepak Piala Asia. Mengapa dalam usia menyambut 50 tahun merdeka kita sanggup menjadi "pariah" dalam bola sepak antarabangsa hanya untuk membolehkan pasukan kelab dari negara penjajah kita meraih keuntungan dan dana berlipat kali ganda?

Ketika kita menyambut ulang tahun ke 50 kemerdekaan, DOLAH BADAWI masih lagi dijajah pemikiran beliau sehinggakan menganggap Manchester United terlampau agung.

Ketika menyambut 50 Tahun, menteri Kabinet Malaysia masih berasa amat susah hati, gundah-gulana dan boleh "mampus" kalau Manchester United tidak dapat "mempermain-mainkan" skuad negara.

Merdeka 50 Tahun kepala hotak kita. Tahun lalu maruah Malaysia tergadai kepada Singapura dan Temasek Holdings. Tahun ini kita merdeka dengan menggadai maruah negara kepada Manchester United - pasukan kesayangan Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Badawi.

Maruah negara terus digadai oleh Abdullah Badawi yang kita pilih menjadi Presiden UMNO ini.

Baca berita bernama disini

Nota: Maaf artikel ini terlalu kasar kerana kecewa dengan kebodohan melampau pemimpin hari ini.

Baca Selanjutnya!

Sunday, February 11, 2007

Calon-calon MB Selangor Pilihan KJ

Melucukan. Tapi inilah hakikatnya. Bahawa orang Khairy di Selangor yang beliau susun untuk menentang Khir Toyo semuanya bermasalah dan merupakan wakil rakyat penggal terakhir.

1. Datuk Ahmad Bahari Abdul Rahman (ADUN Tampan Templer) sudah diketahui umum mempunyai masalah "mental" malah kata orang ada "lesen". Ahmad Bahari dipergunakan sebagai salah satu "nasi tambah" dalam isu alam sekitar di Selangor dengan membangkitkan soal pembangunan sekitar Templer Park. Ahmad Bahari juga berkerjasama rapat dengan Aiman jr penulis buku politik yang membuat cerita karut marut mengenai MB Selangor dan Datuk Bandar KL sebelum ini.

Bercita-cita menjadi MB tetapi tidak mempunyai kelayakan pendidikan dan moral yang baik.

2. Daud Tarihep, Ahli Parlimen Kuala Selangor merupakan rakan pakatan baru kem KJ. DT menggunakan Karam Singh Walia untuk menyerang kerajaan Selangor dalam isu Pusat Pelupusan Sampah Jeram, Kuala Selangor. Malangnya, sekali lagi strategi KJ menimbulkan masalah (atau memang sengaja digunakan isu ini untuk mengenakan Najib?) kerana kelulusan pusat tersebut di buat oleh Jawatan Kuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib Tun Razak.

Beberapa hari lalu Daud Tarihep juga mendapat liputan meluas apabila membuat laporan mengenai kedai besi buruk di Kuala Selangor. Liputan meluas oleh TV3 ini diarahkan oleh Datuk Kamarulzaman dan dirancang dengan teliti oleh KJ untuk memberi publisiti meluas kepada Daud.

Kita ingin mempersoalkan mengapa tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pengawalan ke atas lesen kedai besi buruk beberapa bulan lalu tidak diberi liputan yang meluas? Malahan TV3 langsung tidak membantu mempertahankan keputusan kerajaan Selangor pada masa itu apabila mendapat tentangan pengusaha besi buruk berleesen dan haram. Sekarang Tv3 menggunakan DT untuk mempersoalkan mengapa tiada kawalan ke atas kedai besi buruk.

Malang bagi KJ, Daud Tarihep juga diketahui oleh orang UMNO terbabit dengan skandal Ketua Puteri Bahagian (isteri orang). Skandal ini akhirnya terdedah bila berlaku penceraian ketua puteri tersebut. Daud akhirnya mengahwini ketua puteri tersebut di Siam. Beliau didenda oleh Mahkamah Syariah Selangor RM 990 beberapa tahun lalu kerana berkahwin luar kawasan.

[Ada cerita menarik di sebalik pernikahan ini yang tidak perlu dikeluarkan kecuali Daud terus-terusan memecahkan UMNO Selangor]

3. Datuk Zakaria Md Deros. Datuk Zakaria Md Deros bukan orang pilihan KJ. Namun Dato' Zack berguna sebagai alat untuk melemahkan Khir Toyo. TV3 dan the Sun bertindak melaga-lagakan Dato' Zack dengan kepimpinan Selangor bagi tujuan melemahkan UMNO Selangor.

Ketika Dato' Zack berjumpa Pak Lah di Arab Saudi, TV3 dan The Sun mebelasah habis-habisan kerajaan negeri dan MB kerana lambat bertindak dalam isu banglo Dato' Zack. Tujuan mereka adalah mudah. Jika MB bertindak awal, maka ia akan mencetuskan suasana kurang senang Perdana Menteri terhadap Khir
Baca Selanjutnya!