Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Thursday, November 22, 2007

Norza Marah Khir Kerana Sebidang Tanah JPS

Selangordaily tidak percaya apabila blog ini menulis serangan UMNO-Reform terhadap Khir berhubung kait dengan Datuk Norza Zakaria. Mereka mendakwa sungguhpun pengendali UMNO-Reform mengetuai sebuah institut kajian pemikiran tajaan Norza, tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti bahawa ada agenda tersembunyi Norza di UMNO-Reform.

Mungkin pengendali Selangordaily.com boleh bertanya Khir sendiri apakah benar atau tidak kerajaan negeri menolak satu permohonan Norza untuk mendapatkan sebidang tanah.



Khir mungkin lupa tetapi bukan Norza. Permohanan Norza untuk mendapatkan sebidang tanah sekitar Bangi dan Kajang telah ditolak oleh kerajaan negeri kerana ia merupakan tanah simpanan (reserved land) Jabatan Pengairan dan Saliran.

Budak-budak Khir boleh periksa rekod, Anuar Mohd Noor (pengendali Umno-Reform) boleh tanya Norza sendiri.

Atau mungkin Malaysiakini.com boleh tolong siasat. Jangan tanya orang politik pasti mereka nafikan.

Sejak itu Norza menganggap Khir tidak menghormati beliau sebagai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan dan orang paling berkuasa di Kementerian Kewangan. Lebih penting beliau melihat Khir tidak menghormati beliau sebagai orang kuat Khairy Jamaluddin.

Kita cabar Norza menafikan beliau ada memohon sebarang tanah, sama ada menggunakan nama beliau atau proksi, yang kemudiannya tidak diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Baca Selanjutnya!

Monday, June 11, 2007

Saham UMNO Tapi Orang Lain Berkuasa?

Datuk Ahmad Rejal Arbee merupakan bekas Ketua Pengarang Berita Harian. Tulisan terbaru beliau mengenai LRT di Selanngor menarik perhatian AMLG dalam para berikut:

Agak menghairankan kenapa pengumuman Dr Khir yang begini penting untuk faedah ramai penduduk sekitar Ibukota dan Lembah Kelang tidak mendapat tempat dalam akhbar. Berita itu dikeluarkan Bernama hari Selasa 5hb Jun. Malangnya hanya akhbar The New Straits Times saja yang memuatkan berita itu keesokannya, keluaran hari Rabu di muka surat 10. Nampaknya akhbar lain samaada tidak fahamkan kepentingan berita itu kepada orang ramai atau tidak mahu memberi ruang hanya kerana ia berasal dari Bernama? Jumaat kelmarin akhbar The Sun telah menggunakan berita itu dengan sepenuhnya di muka 20 – walau pun dua hari terlewat.
www.mykmu.net

Pertanyaan beliau ini kurang tepat atau sengaja diserongkan. Kenyataan Khir Toyo tersebut tidak diberi liputan kerana memang media yang dibawah pengaruh Kamal Khalid dan Kalimullah sudah diarahkan mengecilkan semua berita positif mengenai Khir Toyo.

Sebenarnya Khir Toyo merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang jarang diberi liputan positif oleh media-media milik UMNO yang berada di bawah kawalan Kamal Khalid (baca sebagai KJ). Biarpun Khir Toyo menang undi terbanyak dalam MT UMNO tetapi ini bukan bermakna beliau akan mendapat liputan adil dari media di bawah syarikat berkaitan UMNO.

Hal yang sama berlaku kepada Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) yang pernah mengkritik Kalimullah tahun lalu. Menurut Datuk Rejal juga, sehingga hari ini NST masih memboikot ZAM hiarpun beliau merupakan menteri yang mewakili UMNO.

Mungkin persoalan ini relevan kepada kepimpinan UMNO: Dayuskah UMNO Membiarkan Menterinya terus diboikot NST?



Aneh sungguh. Ketika diuar-uarkan bahawa zaman Abdullah Badawi lebih terbuka dan telus, kita dapati tiada siapa yang berani mempertikaikan kekuasaan Khairy Jamaluddin dan konco-konconya seperti Kamal Khalid dan Kalimullah Hassan bermaharajalela atas harta milik UMNO.

Siapa berani menyoal mengapa liputan ke atas Khairy Jamaluddin lebih besar dari liputan ke atas semua ahli Majlis Tertinggi UMNO kecuali Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak.

Siapa Khairy? Khairy hanyalah Naib Ketua Pemuda UMNO yang menang kerana arahan Abdullah Badawi kepada Ketua Perhubungan UMNO Negeri supaya diberi laluan.

Mengapa berita mengenai Muhyiddin, Ali Rustam, Khir Toyo, Aziz Shamsuddin, Hishamuddin dikecilkan sedangkan mereka ini diberi mandat yang besar oleh perwakilan UMNO?

Bukan sahaja di ruangan nasional, malah di ruangan sukan pun berita pasukan UPB MYTeam milik Khairy diberi liputan meluas berbanding laporan Liga Super mahu pun pendahulu liga Perdana (Liga kelas dua yang turut dianggotai oleh Myteam) Polis Diraja Malaysia.

Kita juga mungkin ingin bertanya mengapa TV3 lebih membesarkan program MYteam ke Indonesia berbanding promosi Piala Asia oleh FAM?

Baca Selanjutnya!