Showing posts with label Shahrir Samad. Show all posts
Showing posts with label Shahrir Samad. Show all posts

Sunday, September 30, 2007

Yang Terbaik di Kalangan Kita? (3)

Penulis sentiasa tidak mempercayai manusia hipokrit bernama Shahrir Samad. Suatu ketika dahulu beliau lantang mengkritik Mahathir dalam akhbar tetapi diam menyepi dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Bila ditanya mengapa, beliau memberi sudah ramai memberi pendapat maka beliau tidak perlu bercakap.

Banyak lagi peristiwa yang menunjukkan Shahrir ini manusia hipokrit yang kononnya beliau ahli politik terbaik kerana bersifat terbuka dan berani mengkritik pemimpin. Hakikatnya beliau hanya mengkritik Mahathir yang dianggap musuhnya. Apakah shahrir mahu berkata Pak Lah tidak mempunyai cacat celanya?

Terbaru Shahrir cuba tunjuk baik dan hebat lagi. Kononnya beliau telah membawa Noor Mohd Yaakop untuk bincang isu ECM Libra. Tapi lihatlah kenyataan ahli PAC yang lain mengenai dakwaan terbaru shahrir samad ini:

“I asked a hell lot of questions, more than the questions that (the minister) wanted to answer,” Tan, the DAP’s Kepong parliamentarian told Malaysiakini today.

According to him, the minister however avoided questions on the ECM Libra Avenue merger and merely wanted to comment about other matters relating to government-linked companies (GLCs) in general.

The two other PAC members who quizzed Nor were Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) and Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat).

“Shahrir himself did not ask question on ECM Libra but only on GLCs. I don’t know why he made the claim (that no question was asked), he should just shut up,” an annoyed Tan said.


Dengan Veteran UMNO, BTN dan kumpulan Sahabat, Shahrir turut menyatakan beliau sendiri sudah menyatakan ketidaksenangan beliau kepada Abdullah mengenai Khairy campur tangan dalam pentadbiran.

Ini menjadikan beliau seolah-olah wira di kalangan sebahagian mereka.

Hakikatnya shahrir adalah mentor Khairy secara senyap. Shahrir juga menggunakan Khairy untuk meletakkan protegenya, Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor.
Baca Selanjutnya!

Sunday, July 15, 2007

Penjenamaan Semula WPI?

Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad dikatakan akan mencadangkan kepada Khazanah Nasional supaya rebrand Wilayah Pembangunan Iskandar kepada panggilan Iskandar sahaja. Menurut sumber, Shahrir juga akan mencadangkan (baca mengarahkan)Khazanah Nasional supaya menukar nama Universiti Teknologi Malaysia kepada Universiti Teknologi Iskandar.


Dipercayai cadangan ini bertujuan memperbaiki hubungan Istana Johor dengan beliau dan beberapa pemimpin UMNO Pusat.

Penulis berharap agar perubahan kali ini terutamanya membabitkan penukaran nama UTM akan mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu. Janganlah jadi kita manusia tidak beradab dan biadap.

Jika WPI turut menjalani proses penjenamaan semula, maka bayangkanlah berapa ratus juta pula masuk ke dalam poket konsultan jenama seperti Fox Communications.

Baca Selanjutnya!

Monday, April 02, 2007

Yang Terbaik Di Kalangan Kita? (2)

Shahrir Samad sekali lagi bercakap tanpa berfikir. Beliau berkata kepada the Star,

"I don’t understand why he thinks that Johor Malays are weak and I think it is an insult to the Johor Malays.”


Saya tidak mendengar pun bahagian mana ucapan Dr. Mahathir yang mendakwa orang melayu Johor lemah (weak). Dr. M hanya menyatakan orang Melayu (secara keseluruhan) belum mampu bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kekuatan dana dan kepakaran.


Dr. Mahathir juga tidak menafikan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan menjadi lebih maju jika dihapuskan kuota bumiputera. Namun soalnya, apakah erti kemajuan jika orang Melayu tidak langsung dapat menikmatinya?

Shahrir sepatutnya datang mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir dan kemudiannya mungkin boleh bersoal jawab secara terus dengan Perdana Menteri Malaysia Keempat itu. Mengapa sejak dahulu Shahrir tidak berani berhadapan dengan Dr. M?


Shahrir dari dulu kekal cakap berbelit dan tidak segan silu menipu di khalayak awam.

Lihat:

Kritikan Tun Dr M di Kulai membuat Shahrir Kepanasan
In Response To Shahrir Samad

Baca Selanjutnya!

Tuesday, March 27, 2007

Yang Terbaik Di Kalangan Kita?

Yang Terbaik Di Kalangan Kita? Shahrir Samad dari dulu mengangkat diri yang terbaik di dalam UMNO. Malangnya sejak mula mengikuti perkembangan politik Shahrir pada sekitar 90-an, saya dapati tiada apa yang terbaik kepada manusia bernama Sharir Samad.

Saya tidak mengatakan beliau buruk, cuma mengangkat diri sebagai terbaik di kalangan ahli UMNO menghina ramai lagi pemimpin dan pejuang UMNO yang terbaik.

Mengangkat diri sebagai terbaik di kalangan kita (saya baca ahli UMNO) menyerlahkan sikap besar diri Shahrir hasil warisan Musa Hitam. Sekarang tampak sekali sikap itu turut tumpah kepada Perdana Menteri "Ini idea saya."

Terbaikkah Shahrir di kalangan kita jika suatu ketika dahulu:

1. Bila ditanya mengapa beliau tidak menyuarakan sebarang bantahan dalam mesyuarat MT (Zaman Dr. Mahathir) tetapi menentang di dalam media, beliau menjawab, "Sudah banyak yang bercakap dalam Majlis Tertinggi, saya diam sahajalah."

2. Apabila BN kalah dalam pilihan raya kecil Lunas 2000, beliau menyatakan bahawa antara punca kekalahan tersebut kerana pemasangan poster Tun Dr. Mahathir. Seorang ahli UMNO pernah menyelar sikap Shahrir ketika itu yang tidak pun berada di Lunas.

3. Ketika dalam Majlis Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan tahun lalu, beliau ditanya secara khusus oleh seorang ahli UMNO mengenai isu ramai pengarang kanan Melayu yang "dipaksa" berundur oleh Kalimullah. Beliau memilih untuk tidak menjawab.


Dari Penentang Semberono Kepada Apologist?

Pada masa Abdullah Badawi beliau menjadi seorang apologist kepada PM. Apa sahaja kesalahan atau kesilapan Abdullah akan dipertahankan. Beliau dikatakan ada menyuarakan ketidaksenangan beliau terhadap beberapa dasar dan campur tangan "pihak tertentu" dalam pentadbiran Abdullah kepada para "Sahabat." Namun beliau mengambil sikap bertentangan di dalam media mahu pun di khalayak awam.

Beliau berbeza sekali kerana di bawah Abdullah, beliau dan Musa sudah bertapak semula.

Antara yang baik mungkin ia. Jika tidak masakan Dr. M terus mengekalkan beliau sebagai ahli Parlimen biar pun ramai yang ingin mencantasnya.


Yang Terbaik di kalangan kita? Maaflah

p/s: Masihkah sesiapa ingat idea Shahrir Samad ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan suatu ketika dahulu?


Baca Selanjutnya!